NUFFNANG

SALAM JUMAAT YANG BARAKAH



ASSALAMMUALAIKUM CHINTA..
salam jumaat...semoga jumaat harini lebih baik dr JUMAAT yang sebelumnya..
semoga sama sama memperbaiki kekhilafan diri dengan lebih baik..
Semoga Allah memaafkan kesalahan di dunia..
Selawat juga ke atas junjungan nabi MUHAMMAD s.a.w...


Pertanyaan Lanjut:

WAN NURUL HEZRINA BINTI ABD HALIM
SMS/Whatsapp/Telegram/We Chat: +6017 328 8087
Facebook : Mummyrinazonebeauty
Facebook : MK Si Cilik Mommyhana
Email : nurulhezrina83@gmail.com
Instagram : wan nurul hezrina
Blog : MummyRina Zone
Blog : Mommyrina Baby Kiddos Shoppe

PERINGATAN...BILA MELAKUKAN DOSA...


Beratnya dosa sehingga tidak terkira jumlahnya dalam gm..
panjangnya dosa sehingga tak boleh diukur dengan kilometer..
banyaknya dosa sehingga tak terucap dengan kata kata
banyaknya dosa sehingga tak sedar kita dah semakin dimamah usia...
banyaknya dosa sehingga tak terucap maaf kepada Allah..

astagfirullah al azim...
semoga allah mengampunkan semua kesalahanku..
semoga allah merahmatiku
semoga allah sentiasa memberikan taufik dan hidayah kepadaku..

Allah sentiasa melihat...
Malaikat sentiasa mencatat setiap perbuatan
MATI bila bila masa sahaja akan tiba...
Kekalkanlah ketakutan hambamu ini supaya sentiasa beringat...

sesungguhnya Aku manusia...yang mudah lupa...


Pertanyaan Lanjut:

WAN NURUL HEZRINA BINTI ABD HALIM
SMS/Whatsapp/Telegram/We Chat: +6017 328 8087
Facebook : Mummyrinazonebeauty
Facebook : MK Si Cilik Mommyhana
Email : nurulhezrina83@gmail.com
Instagram : wan nurul hezrina
Blog : MummyRina Zone
Blog : Mommyrina Baby Kiddos Shoppe

7 SEBAB MENGAPA UJIAN KEHAMILAN POSITIF TETAPI ANDA TIDAK HAMIL


❤ 7 SEBAB MENGAPA UJIAN KEHAMILAN POSITIF TETAPI ANDA TIDAK HAMIL ❤

1. Rawatan Kesuburan. Suntikan HCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.


APA PERLU ANDA BUAT?

Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.

Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.





Pertanyaan Lanjut:

WAN NURUL HEZRINA BINTI ABD HALIM
SMS/Whatsapp/Telegram/We Chat: +6017 328 8087
Facebook : Mummyrinazonebeauty
Facebook : MK Si Cilik Mommyhana
Email : nurulhezrina83@gmail.com
Instagram : wan nurul hezrina
Blog : MummyRina Zone
Blog : Mommyrina Baby Kiddos Shoppe

NUFFNANG

 
Copyright ©

mummy rina zone | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy

Back to Top|Sign in